Kempen E-Dagang Kepada Perusahaan Mikro Dan Pks

5 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 4 September 2020 (Jumaat) telah diadakan Kempen e-Dagang kepada Perusahaan Mikro dan PKS melalui Video Conferencing (VC) yang mana ianya bertujuan untuk meningkatkan ekonomi negara. “Kempen e-Dagang kepada Perusahaan Mikro dan PKS” yang merupakan inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun 2020 yang lalu. Peluang ini terbuka kepada semua individu, perusahaan kecil, sederhana dan mikro di Malaysia untuk menyertai skim bantuan khas kerajaan melalui “Kempen e-Dagang kepada Perusahaan Mikro dan PKS”.

Terdapat pelbagai insentif dari rangkaian platform e-dagang yang terlibat, paling menarik adalah tidak kira sama ada peniaga individu mahupun peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, kesemuanya layak menyertai “Kempen e-Dagang kepada Perusahaan Mikro dan PKS”. Ketahui lebih lanjut lagi berkenaan peluang yang tersedia untuk anda semua, jangan tunggu lagi, layari https://www.go-ecommerce.my/penjana/msme-ecommerce sekarang dan daftar pakej pilihan anda selewat-lewatnya sebelum 30 September 2020.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali